Sunday, March 8, 2015

Cinta Usah Dipaksa


2 orang pemuda dalam rumah sewa.
"Argh, geramnya aku!"

Pemuda bersinglet hitam mencampakkan henfonnya ke dinding tiba tiba. Pecah berderai. Marah teramat. Nasib baik henfon cap ayam.

Kawan di sebelahnya terkejut seketika. Meletakkan buku yang sedang dibacanya.
"Kau dah kenapa ni?"

Kawannya berkerut kening.
Pemuda singlet hitam mendengus dengus. Amarahnya nampak belum mereda. Sekali lagi, dia buat gila. Menumbuk numbuk dinding tiba tiba. Sampai merah melecet buku limanya. Luka.
Kawannya  segera bangun, menahan pemuda singlet hitam yang tidak keruan.

"Istighfar, istigfar!"
"Beritahu aku, apa yang dah terjadi sebenarnya ni?!"

Kawannya meninggikan suara. Lelaki bersinglet itu nampak tenang sedikit. Tapi, matanya masih merah.

"Perempuan yang aku tunggu dah 3 tahun tu, dia cakap dah nak kahwin dengan orang lain! Mana aku tak marah! Aku tunggu dia macam orang gila kot! Boleh dia sia siakan kesetiaan aku ni?!"

Kawannya berkerut kening lagi. Dia pun kenal sama perempuan yang dimaksudkan. Tapi, setahunya, perempuan itu tidak pernah pula menyatakan cintanya pada kawannya ini.

"Tapi, dia kan tak pernah balas cinta kau. Kau bertepuk sebelah tangan selama ini. Kenapa kau nak marah pula?"

Pemuda bersinglet berpaling, mencekak leher baju kawannya.
"Kau di side mana ni? Aku atau dia?! Atau kau nak aku belasah kau?!"

Kawannya segera menjawab.
"Hah, belasahlah! Pukul aku semahu kau! Pukul! Ikutkan sangat syaitan dalam hati kau tu!"

Pemuda singlet itu tak tunggu lama. Buku limanya dihayunkan ke muka kawannya. Tapi, kawannya mengelak dan membalas dengan pukulan padu di perut pemuda singlet. Senak. Terduduk sendirinya.
"Cukup!"
Kawannya duduk bersandar di dinding.

"Kau dengar sini. Cinta tak boleh dipaksa paksa. Jangan jadi psiko kerana cinta. Ramai orang jadi tak betul jiwanya kerana cinta. Sehingga sanggup membunuh kerana terlalu cinta. Memberi seseorang kerana terlampau mahukan dia. Sakit hati tahap tinggi. Cemburu buta tak tentu pasal kerana cinta buta.

Bila seseorang tidak suka kita, atau hanya boleh anggap sekadar kawan biasa. kita better stop saja. Mencuba pun cukuplah dengan sekali dua sampai tiga kali.
Kenapa perlu paksa seseorang dengan menantinya sedangkan dia tidak mahu dinanti?

Kenapa perlu paksa hati seseorang terima cinta kita yang bersifat terdesak?

Hati memang boleh dididik menerima, tetapi dipaksa menerima, hati siapa yang rela?

Semakin dia tak suka, semakin kau text dia. Semakin dia tak suka, semakin kau luahkan padanya segala pengharapan kau yang setinggi langit. Semakin dia tak suka, semakin kau merengek rengek dekat dia mahukan dia. Semakin dia tak suka, kau nak mengadu sakit peninglah, nak luahkan masalah kaulah. Semakin dia tak suka, semakin kau setia? Aduh.

Kau nampak tak sekarang, dia tak salah. Kau yang salah. sebab kau bertindak macam pesakit mental. Hati yang mental. Kau yang tak mampu kawal hati sendiri. Salahkan diri sendiri. Salahkan hati sendiri.

Macam kau. Kau minat dan berkenan motor 125z. Tapi, orang paksa kau beli vespa, kau suka?
Kau suka makan nasi, orang paksa kau makan capati, kau suka?
Kau suka pakai jeans, orang paksa kau pakai short-pants, kau suka?
Jawabnya kau takkan suka.
Kau tahu tak kenapa hati tidak boleh dipaksa?"

Pemuda singlet diam. Respon menggelengkan kepala.

"Sebab hati itu Allah yang cipta. Rasa dalam hati pun Allah yang semaikan. Allah yang bolak balikkan hati seseorang. Hati akan respon dengan baik bila bertemu hati yang Allah titipkan jodoh antara keduanya.

Tapi, andai Allah tidak tuliskan jodoh kau dengan dia, selama lamanya kau desak dengan pelbagai pujukan, paksaan, penantian, rengekan, usaha sekalipun, hati itu selama lamanya takkan tewas kepada kau.

Pelik manusia ini. Dia tak paksa hatinya cinta Tuhan. Tapi, dia nak paksa orang cinta dia pula.
Pohonlah dari Allah andai kau mahukan hati seseorang. Manusia bukan pemilik hati. Allahlah Pemilik seluruh hati.

Tapi kita, selalu merasa hati ini milik sendiri. Hingga Pemilik sebenarnya dibuangkan dari dasar hati. Tidak zalimkah, tanah yang bertuan, tuannya diusir keluar dari tanah sendiri? Usir allah dari dalam hati, zalim!

Sepatutnya manusia yang kau cintau itulah yang disingkirkan dari lubuk hati, biar saja dia berada di pinggiran hati. menandakan dia tak penting, tidak lebih penting dari Allah dan Rasulullah yang sepatutnya bertakhta di hati."

Pemuda singlet mulai bersuara. Sedikit sebak.
"Habis, apa patut aku lakukan sekarang untuk lupakan dia?"

Kawanya senyum.
"Hati yang luka parah itu, bukankah Allah jua yang Maha Mengubatinya?
Buka hati kau pada Allah.
Mohon pada Allah supaya lapangkan dada kau, tenangkan hati kau, bukakan mata kau agar kau dapat lihat dunia ini luas sebenarnya.
Jangan kerana seorang perempuan atau seorang lelaki, seseorang itu merasa dunia ini sempit tidak bermakna.
Doalah, "Allahumma Inni A'uzubika Min Dhiiqi Dunya wa Min Dhiiqi Yaumal Qiyaamah." "Ya Allah, aku berlindung dengan-MU dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat (akhirat).

Apalah sangat sempitnya dunia dibandingkan sempit dan sulitnya di Mahsyar kelak. Amalan kita dahla tak banyak, nak tambah lagi dosa dengan cinta psiko?

Move on. A man plots his course but the Lord decides. Allah tentukan.

Allah berikan ujian dan dugaan buka kerana mahu melukakan, tetapi supaya kita hadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran.

Bila Dia nak berikan yang terbaik. Dia uji dulu.
Agar kau, aku lebih bersedia.

Kau nak dapat anugerah Dekan, kau nak grad. Kau nak kerja best. Kau nak nikah bahagia. Kau nak jadi soleh solehah. Kau nak Syurga. Adakah kau akan dapat hanya dengan nyatakan rasa hendak semata mata? Tidak. Adakah Allah akan terus berikan hanya dengan minta tanpa kau usaha?
Tidak.

Tembikai tidak akan terbelah sendiri bro. Kena belahlah kalau nak makan. koh koh koh."

Pemuda singlet hitam mulai mengorak senyuman. Tersengih

Sengih tanda terima kasih.

copy paste facebook page | sekadar peringatan | perkongsian | teladan


No comments:

Post a Comment