Sunday, January 3, 2016

Handmade Guestbook

Assalamualaikum and Hi ! 

Hopefully belum terlambat nak jerit  Happy New Year!! I know, I know, dah berbulan bulan tak update blog. Ish ish bad attitude bad attitude. Harini permulaan hari minggu yang sepatutnya sedap melelapkan mata, saya update jugakla service terbaru saya ye.

Koram koram yang ada Facebook or Instagram boleh visit do.diff ya !!







Happy Weekend Guys !! ;)


Sunday, March 8, 2015

Cinta Usah Dipaksa


2 orang pemuda dalam rumah sewa.
"Argh, geramnya aku!"

Pemuda bersinglet hitam mencampakkan henfonnya ke dinding tiba tiba. Pecah berderai. Marah teramat. Nasib baik henfon cap ayam.

Kawan di sebelahnya terkejut seketika. Meletakkan buku yang sedang dibacanya.
"Kau dah kenapa ni?"

Kawannya berkerut kening.
Pemuda singlet hitam mendengus dengus. Amarahnya nampak belum mereda. Sekali lagi, dia buat gila. Menumbuk numbuk dinding tiba tiba. Sampai merah melecet buku limanya. Luka.
Kawannya  segera bangun, menahan pemuda singlet hitam yang tidak keruan.

"Istighfar, istigfar!"
"Beritahu aku, apa yang dah terjadi sebenarnya ni?!"

Kawannya meninggikan suara. Lelaki bersinglet itu nampak tenang sedikit. Tapi, matanya masih merah.

"Perempuan yang aku tunggu dah 3 tahun tu, dia cakap dah nak kahwin dengan orang lain! Mana aku tak marah! Aku tunggu dia macam orang gila kot! Boleh dia sia siakan kesetiaan aku ni?!"

Kawannya berkerut kening lagi. Dia pun kenal sama perempuan yang dimaksudkan. Tapi, setahunya, perempuan itu tidak pernah pula menyatakan cintanya pada kawannya ini.

"Tapi, dia kan tak pernah balas cinta kau. Kau bertepuk sebelah tangan selama ini. Kenapa kau nak marah pula?"

Pemuda bersinglet berpaling, mencekak leher baju kawannya.
"Kau di side mana ni? Aku atau dia?! Atau kau nak aku belasah kau?!"

Kawannya segera menjawab.
"Hah, belasahlah! Pukul aku semahu kau! Pukul! Ikutkan sangat syaitan dalam hati kau tu!"

Pemuda singlet itu tak tunggu lama. Buku limanya dihayunkan ke muka kawannya. Tapi, kawannya mengelak dan membalas dengan pukulan padu di perut pemuda singlet. Senak. Terduduk sendirinya.
"Cukup!"
Kawannya duduk bersandar di dinding.

"Kau dengar sini. Cinta tak boleh dipaksa paksa. Jangan jadi psiko kerana cinta. Ramai orang jadi tak betul jiwanya kerana cinta. Sehingga sanggup membunuh kerana terlalu cinta. Memberi seseorang kerana terlampau mahukan dia. Sakit hati tahap tinggi. Cemburu buta tak tentu pasal kerana cinta buta.

Bila seseorang tidak suka kita, atau hanya boleh anggap sekadar kawan biasa. kita better stop saja. Mencuba pun cukuplah dengan sekali dua sampai tiga kali.
Kenapa perlu paksa seseorang dengan menantinya sedangkan dia tidak mahu dinanti?

Kenapa perlu paksa hati seseorang terima cinta kita yang bersifat terdesak?

Hati memang boleh dididik menerima, tetapi dipaksa menerima, hati siapa yang rela?

Semakin dia tak suka, semakin kau text dia. Semakin dia tak suka, semakin kau luahkan padanya segala pengharapan kau yang setinggi langit. Semakin dia tak suka, semakin kau merengek rengek dekat dia mahukan dia. Semakin dia tak suka, kau nak mengadu sakit peninglah, nak luahkan masalah kaulah. Semakin dia tak suka, semakin kau setia? Aduh.

Kau nampak tak sekarang, dia tak salah. Kau yang salah. sebab kau bertindak macam pesakit mental. Hati yang mental. Kau yang tak mampu kawal hati sendiri. Salahkan diri sendiri. Salahkan hati sendiri.

Macam kau. Kau minat dan berkenan motor 125z. Tapi, orang paksa kau beli vespa, kau suka?
Kau suka makan nasi, orang paksa kau makan capati, kau suka?
Kau suka pakai jeans, orang paksa kau pakai short-pants, kau suka?
Jawabnya kau takkan suka.
Kau tahu tak kenapa hati tidak boleh dipaksa?"

Pemuda singlet diam. Respon menggelengkan kepala.

"Sebab hati itu Allah yang cipta. Rasa dalam hati pun Allah yang semaikan. Allah yang bolak balikkan hati seseorang. Hati akan respon dengan baik bila bertemu hati yang Allah titipkan jodoh antara keduanya.

Tapi, andai Allah tidak tuliskan jodoh kau dengan dia, selama lamanya kau desak dengan pelbagai pujukan, paksaan, penantian, rengekan, usaha sekalipun, hati itu selama lamanya takkan tewas kepada kau.

Pelik manusia ini. Dia tak paksa hatinya cinta Tuhan. Tapi, dia nak paksa orang cinta dia pula.
Pohonlah dari Allah andai kau mahukan hati seseorang. Manusia bukan pemilik hati. Allahlah Pemilik seluruh hati.

Tapi kita, selalu merasa hati ini milik sendiri. Hingga Pemilik sebenarnya dibuangkan dari dasar hati. Tidak zalimkah, tanah yang bertuan, tuannya diusir keluar dari tanah sendiri? Usir allah dari dalam hati, zalim!

Sepatutnya manusia yang kau cintau itulah yang disingkirkan dari lubuk hati, biar saja dia berada di pinggiran hati. menandakan dia tak penting, tidak lebih penting dari Allah dan Rasulullah yang sepatutnya bertakhta di hati."

Pemuda singlet mulai bersuara. Sedikit sebak.
"Habis, apa patut aku lakukan sekarang untuk lupakan dia?"

Kawanya senyum.
"Hati yang luka parah itu, bukankah Allah jua yang Maha Mengubatinya?
Buka hati kau pada Allah.
Mohon pada Allah supaya lapangkan dada kau, tenangkan hati kau, bukakan mata kau agar kau dapat lihat dunia ini luas sebenarnya.
Jangan kerana seorang perempuan atau seorang lelaki, seseorang itu merasa dunia ini sempit tidak bermakna.
Doalah, "Allahumma Inni A'uzubika Min Dhiiqi Dunya wa Min Dhiiqi Yaumal Qiyaamah." "Ya Allah, aku berlindung dengan-MU dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat (akhirat).

Apalah sangat sempitnya dunia dibandingkan sempit dan sulitnya di Mahsyar kelak. Amalan kita dahla tak banyak, nak tambah lagi dosa dengan cinta psiko?

Move on. A man plots his course but the Lord decides. Allah tentukan.

Allah berikan ujian dan dugaan buka kerana mahu melukakan, tetapi supaya kita hadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran.

Bila Dia nak berikan yang terbaik. Dia uji dulu.
Agar kau, aku lebih bersedia.

Kau nak dapat anugerah Dekan, kau nak grad. Kau nak kerja best. Kau nak nikah bahagia. Kau nak jadi soleh solehah. Kau nak Syurga. Adakah kau akan dapat hanya dengan nyatakan rasa hendak semata mata? Tidak. Adakah Allah akan terus berikan hanya dengan minta tanpa kau usaha?
Tidak.

Tembikai tidak akan terbelah sendiri bro. Kena belahlah kalau nak makan. koh koh koh."

Pemuda singlet hitam mulai mengorak senyuman. Tersengih

Sengih tanda terima kasih.

copy paste facebook page | sekadar peringatan | perkongsian | teladan


Saturday, March 7, 2015

Tune Talk Tone Excel

profil | syarikat Tone Excel Sdn Bhd gedebus pada tahun 2009 | pada 10 feb 2010 telah sign perjanjian dengan Tune Talk | Tune Talk dimiliki syarikat induk iaitu Tune Group yang merangkumi Tune Insurance, Air Asia, Tune Hotel, Tune Money, Tune Sport dan Tune Talk.

CU ANG PAJAWAB SOKLAN NIM NAA

Ang da handpon? Nipu takdok eih
Ang topup leyybih RM30?
Ang duk guna selama nih de dak depa bagi insuran percumaa atau tiket kapal terbang?
Ang pa nak pakai fon sampai mati kan?
Betui dak hanpon ang pa takdak bagi any pendapatan & keuntungan?

Jika jawapan ang pa semuaa YA, ang pa dijemput join :

WOW Referral Program
[Windows of Opporturnity and Work Referral Program]

KENAPA ANG PA KENA PILIH TONE EXCEL?

1. Nih bukan Bisnes MLM, Skim Piramid & Bukan Bisnes Topup
2. Merupakan program Rujukan [Referral Program]
3. Ang pa dak payah tukaq handphone
4. Dak yah tukaq nombor
5. Dak yah tahu produk knowledge
6. Ang pa dak yah ada bajet tambahan
7. Dak yah simpan stok
8. Depa bagi insuran kemalangan  freem& tiket air asia
9. modal rendah & rendah risiko
10. Ang pa buat kerja skali jah, dapat bunuihh banyak kali.


ADA 8 FAEDAH & KELEBIHAN SEBAGAI USER



simkad tune talk tone excel percuma | RM30 airtime percuma | boleh kekal no lama yang ang pa sayang sangat tuihh 

panggilan | SMS | internet | 3% nilai topup | ganjaran topup
*topup RM30 FREE RM10
*topup RM50 FREE RM20

PA Insurances RM100,000 percuma

percuma mata ganjaran setiap kali ang pa topup | boleh tebuihh tiket flight | tebuihh smartphone | tebuuihh tiket wayang

diskaun sehingga 30% krohkrohkroh di Tune Talk

menyertai cabutan bertuah mingguan, bulanan dan tahunan

join pertandingan hebaq bak ang | pakej pelancongan ke luaq negara | pakej umrah free

peluang buat keching keching secara pasif setiap bulan

Ang pa nak join PROGRAM MELETOOPP nih boleh direct whatsapp ok | +60145062485 | instagram amiratoneexcel

Ang pa jangan duk risauu naa, cek akan ajaq 100% sampaii ang pa lupakan cek 

Flawless Bak Ang

"Kau muncung mulut dah kenapa pula ni?" Kawan tegur.

Aku malas nak jawab. Sebab asyik terkena saja kalau aku berkata-kata. Aku diam saja sambil tengok skrin komputer. Sambung baca pasal merkuri dalam produk-produk kecantikan yang merosakkan kulit walaupun 'flawless bak ang' bila guna.

"Oh, kau nak beli produk-produk kecantikan juga ke?
Kau tahu tak, aku selalu terfikir kenapa manusia rajin apply bermacam produk pada wajah mereka, tapi tak rajin pula apply air wudhu'."

Cuba bayangkan. Solat fardhu saja dah 5 waktu. Maksudnya 5 kali basuh muka. Bukan setakat muka, sampai buku lali dan kaki pula tu basuh. Kalau mereka amalkan solat-solat sunat pula seperti Dhuha, Qyiamullai, dan lain lain solat sunat pula. Fuh. Berapa kali ambil wudhu' tu setiap kali nak solat?

Lepas tu, sebelum nak baca al-Quran, ambil wudhu' lagi. Orang yang solat dan orang yang rajin baca al-Quran hatta hafaznya, Allah berikan macam ada nur berseri seri di wajahnya. Tak ada nur pun, air muka tu nampak tenang, ceria, manis, kita pun suka tengok.

Bila nur melimpah di hati. Ke wajah juga pasti berseri.
Mana yang lebih kau mahukan, wajah yang cantik dipandang atau wajah yang tenang dipandang?
Kawan mengulas isu.

Khusyuk dengar kata kata kawan.
Aku tak perasan muncungan mulutku dah sampai ke skrin komputer.

:noted: macam budak budak tahfiz, hafaz al-Quran, tenang & ada nur di wajah mereka. ;) 

inspired by facebook page | peringatan | sharing | renungan

Thursday, March 5, 2015

Props Kahwin | Tunang | Birthday | Boutique | Etc







for details and order :

whatsapp +60145062485 | email miracraftofficial@gmail.com

visit instagram | miracraftofficial

Wednesday, March 4, 2015