Saturday, March 7, 2015

Flawless Bak Ang

"Kau muncung mulut dah kenapa pula ni?" Kawan tegur.

Aku malas nak jawab. Sebab asyik terkena saja kalau aku berkata-kata. Aku diam saja sambil tengok skrin komputer. Sambung baca pasal merkuri dalam produk-produk kecantikan yang merosakkan kulit walaupun 'flawless bak ang' bila guna.

"Oh, kau nak beli produk-produk kecantikan juga ke?
Kau tahu tak, aku selalu terfikir kenapa manusia rajin apply bermacam produk pada wajah mereka, tapi tak rajin pula apply air wudhu'."

Cuba bayangkan. Solat fardhu saja dah 5 waktu. Maksudnya 5 kali basuh muka. Bukan setakat muka, sampai buku lali dan kaki pula tu basuh. Kalau mereka amalkan solat-solat sunat pula seperti Dhuha, Qyiamullai, dan lain lain solat sunat pula. Fuh. Berapa kali ambil wudhu' tu setiap kali nak solat?

Lepas tu, sebelum nak baca al-Quran, ambil wudhu' lagi. Orang yang solat dan orang yang rajin baca al-Quran hatta hafaznya, Allah berikan macam ada nur berseri seri di wajahnya. Tak ada nur pun, air muka tu nampak tenang, ceria, manis, kita pun suka tengok.

Bila nur melimpah di hati. Ke wajah juga pasti berseri.
Mana yang lebih kau mahukan, wajah yang cantik dipandang atau wajah yang tenang dipandang?
Kawan mengulas isu.

Khusyuk dengar kata kata kawan.
Aku tak perasan muncungan mulutku dah sampai ke skrin komputer.

:noted: macam budak budak tahfiz, hafaz al-Quran, tenang & ada nur di wajah mereka. ;) 

inspired by facebook page | peringatan | sharing | renungan

No comments:

Post a Comment